Tuesday, December 18, 2007

CORETAN Dari Hatiku - KKU

Peserta Kem PeWaris Kebangsaan 3

CORETAN Hati ke Hati

Oleh : BroHamzah
brohamzh@yahoo.com
http://brohamzh.blogspot.com/



Semasa Kem Minda Kreatif KMK 12 sedang berlangsung di Pulau Pinang, Cikgu Ghazali Saad memanggil saya untuk berbincang sesuatu. Saya akur dan kami duduk di satu meja di Cafe tempat program KMK 12 diadakan.

Tajuk perbincangan kami adalah " Kem PeWaris Kebangsaan 3." Saya diamanahkan untuk menjadi Kem Kom Utama dan disinikan mind setting saya untuk Kem ini terbentuk. Saya kagum melihat kesungguhan dan keseriusan Cikgu dalam soal ini. Dari wajahnya jelas kelihatan harapan menggunung terhadap para peserta yang akan mengikut KEM ini. Bermula saat ini, kami berbincang dari segi modul, fokus dan segala berkaitan dengan kem ini. Saya berbincang dengan pengarah program Cikgu Azmi dan Master Mind Kem Ust Nur Muhammad untuk menyelaraskan segala maklumat berkaitan modul. Titik tolak inilah, saya fokuskan untuk MEMBERI sesuatu kepada peserta Kem nanti. Selama 2 minggu persiapan dilakukan. Gerak kerja dilaksanakan antara saya dengan semua komuniti jawatankuasa bagi memastikan kelancaran program dapat dilaksanakan.

Saya sebenarnya sedang mengikut satu KURSUS universiti tempat saya belajar selama 3 minggu. Kelas bermula dari 9 pagi hinggalah ke 5 petang. Pada awalnya terasa berat dan saya belum pernah berkursus sebegini. Sebelah malamnya, saya fokuskan untuk pembinaan modul ini bersama-sama rakan-rakan melalui perbincangan di alam maya ( email dan yahoo messenger). Bagi saya persiapan dan pesediaan awal amatlah penting. Dalam tempoh inilah, segala gerak kerja cuba kami lakukan walaupun masing-masing sibuk dengan hal masing-2.

Tiba dihari program, saya tiba lewat kerana kelas masih berjalan. Saya cuba memohon untuk tidak hadir ke kelas pada jumaat pagi tetapi tidak diluluskan. Saya akur dan Jumaat itu saya hadir dengan hati yang tenang dan cuba kuatkan semangat untuk mengikuti program dengan perasaan gembira dan penuh PASSION!!. Sejurus tiba ditempat kem, saya terus memberi taklimat program secara spontan. Alhamdulillah, Allah banyak membantu saya ketika itu.Alhamdulillah.

Kem PeWaris 3 kali ini mempunyai fokus tersendiri dan saya katakan ia merupakan suatu program yang unik. Saya ini kongsikan kata-kata yang sempat saya petik dari pak cik-pak cik, kak-kak serta abang-abng FC dari BULETIN yang dibuat oleh para peserta ..

Kata-kata Pak Cik Mustafa Kamil

" Perjalanan mu jauh tetapi itulah yang dituntut olehmu demi mengejar sinar dihujung destinasi."

" You will be in our place after we are gone!!."

" We choose to be in this Group, we choose to be together in Islam."

" Kalian generai muda memberi kekuatan kepada kami generasi yang berusia."


Kata –kata Pak Cik Zainol Sham

" Setiap perjuangan pasti ada pergorbanan."

"Saya rasa sudah tiba masanya anda perlu mewarisi kerja-kerja ini."

Kata-kata Cikgu Azmi Bahari

" Antum adalah darah-darah muda yang mengalir di dalam urat saraf ummat ini." (CAB)

" Hati kita yang menentukan program ini bermanfaat ataupun tidak. Kita perlu membawa hati kita bersama. Meskipun kita tidak suka penceramah, masih ada kebaikan yang boleh kita petik daripada kalamnya. Imam Ghazali berkata :" Orang mukmin berkata , " Orang mukmin boleh mendapat manfaat daripada lidah musuhnya."-(CAB)


Kata menyentuh Pak Cik Mahmud Jaafar.

"Kita mesti berbangga kerana kita dididik dengan didikan Allah SWT."

" Semoga mutiara-mutiara ini ( jiwa muda) yang dicelup dengan acuan Allah akan memikul tanggungjawab yang berat ini."


"Kita mestilah mencabut keluar akar-akar jahiliyyah dan menyemai benih keimanan
."

Fathi Yakan daripada Ust Wan Nahar.


Sepanjang mengikut Kem ini, saya amat seronok melihat hubungan mesra antara 2 generasi. Saya begitu terharu dengan keramahan dan kemesraan yang ditunjukkan oleh pak cik-pak cik semasa bersama dengan kami. Pak Cik-2 sememangnya bersedia berkongsia pengalaman dan kebersamaan dengan mereka membuahkan bibit-bibit ukhuwah sejati kerana Allah SWT.

Sesi perkongsian rasa dan bersalaman amat menyentuh hati nurani saya. Dalam dakapan dan pelukan sahabat-sahabat, kami bermaafan dan memohon keampunan andaikata ada silap dan salah. Saya lihat kesemua peserta mengalirkan air mata dan sesi ini amat membahagiakan jiwa yang tenang dan rindukan kasih serta belaian sayang dari manusia. Tarima kasih pak cik-pak cik kerana sudi membimbing kami yang masih mentah ini.

Saya simpulkan inilah Kem yang mempunyai keunikan tersendiri dan tak mampu saya lakarkan melalui tulisan pena yang terhad ini.


Buat semua yang terlibat, jutaan terima kasih atas sokongan dan dokongan anda.Saya menghargai kesemua usahasama ini.Kalian adalah ruh baru yang akan mengalir disaluran darah ummat ini. BANGKITLAH memantapkan hubungan dengan Allah SWT. Saya memohon maaf andai ada dikalangan anda yang terguris hati dan terasa hati dengan kelemahan dan kekurangan diri saya. Saya memohon keampunan daripada Allah SWT.

Sekian, coretan ringkas.
KEM KOM UTAMA
KEM PEWARIS KEBANGSAAN 3
'ALI 'IRFAN BIN JAMALLUDIN

0 komen: